Cara mengambil Wudhu dengan betul

Saturday 6 February 2016



Asalammualaikum w.b.t artikel pada hari ini yang akan saya kongsi ialah "Cara mengambil Wudhu"

Bismillahirrahmanirrahim..

 

Cara mengambil Wudhu dengan Betul:

1. Membersihkan kedua belah tangan sebanyak 3 kali.

2. Berkumur-kumur dan membersihkan hidung sebanyak 3 kali.

3. Membasuh muka sebanyak 3 kali.

Sambil membasuh muka kena niat 

- Nawaitu raf'al hadathil asghari lillahi ta'ala

Bermaksud: Aku niat mengangkat hadath kecil kerana Allah ta'ala

 

4. i) Membasuh tangan kanan sampai ke siku sebanyak 3 kali.

   ii) Membasuh tangan kiri sampai ke siku sebanyak 3 kali.

5. Membasuh sebahagian kepala sebanyak 3 kali. 

6. Membasuh Kedua telinga sebanyak 3 kali.

7. i) Membasuh kaki Kanan sebanyak 3 kali.

   ii) Membasuh kaki Kiri sebanyak 3 kali.

8. Doa selepas Wudhu.

 
 Asy hadu allailaha illallahu wahdahu lasyarikalah, wa asy hadu anna muhammadan 'abduhu warasuluh. Allahummaj 'alni manat tawabina waj 'alni minal mutatahirin. waj 'alni min abdikas solihin. Subhanakallahumma wabihamdika asy hadu alla illa anta astagfiruka waatubu ilaik. Wasollallahu 'ala saiyidina muhammadiw waala alihi wasahbihi wassalam.
 
 
Maksudnya:
Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada yang menyekutuinya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Ya Allah , jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat kepujianMu. Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Ku mohon ampun dan taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Sabda Rasullullah SAW:
"Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka.
(Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))



Emoticon

Disqus Shortname

Follow

Sponsor

Comments system

Disclaimer