Cara Mandi Wajib (Mengangkat Hadas Besar)

Tuesday 9 February 2016


Asalammualaikum w.b.t saya akan berkongsi "Cara Mandi Wajib"

Bismillahirrahmanirrahim..

 

Cara mandi wajib adalah seperti berikut:

1. Bersihkan badan daripad segala kekotoran.

2. Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke anggota badan.

3. Disunatkan berwuduk.

4. Jiruskan Air ke kepala berserta niat.

    Niatnya ialah:

   "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala"

4.1. Jiruskan air ke kepala (tiga kali).

4.2. Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan (tiga kali).

4.3. Jiruskan pula air ke seluruh badan sebelah kiri (tiga kali).

 

5. Ratakan air ke seluruh anggota badan dengan cara:

5.1. Selati rambut, janggut dan semua bulu supaya air sampai ke kulit.

5.2. Ratakan juga air ke pelipatan dan celah anggota badan yang zahir seperti telinga, hidung, mata, ketiak, pusat, celahpaha, qubul dan dubur dalam keadaan mencangkung. 

 

Sebab-sebab yang mewajibkan "Mandi Wajib" ialah:

1. Keluar mani.

2. Haid.

3. Jimak.

4. Wiladah.

5. Nifas.

6. Mati selain daripada mati syahid.



Emoticon

Disqus Shortname

Follow

Sponsor

Comments system

Disclaimer